Signage

Signage
Pembekal Ikan Sungai Pahang di Pekan

Saturday, 18 October 2014

Dapatkan ikan Patin hitam, Patin buah, baung & talapia @shahalam

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Lama da sy x menulis di blog ni. Ape kabar semua? semoga sihat walafiat kehendak-Nya.

Syukur Alhamdulillah. Dengan rahmat dan izin dari-Nya, anak lelaki sy iaitu Fahmi berjaya membuka sebuah kedai yang menjual ikan air tawar seperti Patin Hitam, Patin Buah, Baung dan Talapia. Inn shaa allah, ikan-ikan lain juga akan turut dipasarkan di sana secara berpering-peringkat dan mengikut permintaan pelanggan.


Kedai ini mula beroperasi pada 8 Oktober 2014 yang lepas. Terletak di Dataran Otomobil @Seksyen 15 Shah Alam. Alhamdulillah. Sambutan agak menggalakkan dari warga Shah Alam dan juga org luar dari Shah Alam.. Diharapkan kepada sape2 yang berminat nak dapatkan ikan sungai Pahang terutamanya yang berada di kawasan pantai barat, silalah datang dan dapatkan harga yang terbaik. Fahmi boleh dihubungi di talian 011-23200174.

Agrobazaar Kedai Rakyat masih beroperasi seperti biasa. Sedia menerima tempahan untuk catering, kahwen, kenduri dll. Untuk tempahan dan keterangan lanjut boleh hubungi saya di talian 019-9844743 (Encik Burn) atau walk-in teros ke kedai yang terletak di Batu 1 Peramu, Pekan, Pahang. Waktu operasi ialah dari jam 8.30 am hingga 6.30pm.

Oklah. Selamat malam semua dan jangan lupa memaafkan org lain.
Assalamualaikum.


Tuesday, 9 September 2014

Hasil-hasil laut segar & murah di Agro Bazaar Kedai Rakyat, Pekan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bagaimana dengan aktiviti hari ini? Menarik? Sedih? Ditimpa masalah? Bersabarlah... Setiap ujian, dugaan dan cabaran itu mematangkan kita untuk menempuh hari mendatang yang lebih mencabar. Saya mendoakan agar semuanya baik-baik saje.. Inn shaa allah.



Harini just nak share info tentang ikan-ikan laut yang dijual di Agro Bazaar Kedai Rakyat ni. Hasil inisiatif pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, mereka telah membuka satu cawangan bagi memasarkan hasil laut dan menjualnya dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding pasaraya berdekatan di mana ia mampu membantu mereka yang berpendapatan rendah & sederhana membeli hasil2 laut dengan harga berpatutan.



LKIM yang bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan memasarkan ikan2 dan hasil2 laut yang segar di Agro Bazaar Kedai Rakyat yang terletak di Batu 1 Peramu, Pekan. Selain itu, Encik Nizam (pemasar) juga bersedia menerima tempahan untuk kenduri, kedai makan dan sebagainya. Beliau boleh dihubungi di talian 010-7686058.



Selain itu, tawaran hebat harga runtuh turut diadakan pada setiap hari Isnin (Hari Pelanggan) dari waktu 8.30pg - 12.30tghari sahaja. Jangan ketinggalan....

Berikut merupakan senarai hasil-hasil laut yang dipasarkan:

  1. Pari
  2. Ikan Merah
  3. Ikan tenggiri
  4. Ikan bawal hitam
  5. Ikan muduk
  6. Ikan aya/tongkol
  7. Ikan pelaling
  8. Ikan Kembong
  9. Ikan kerisi
  10. Ikan Selar
  11. Ikan Selar kuning
  12. Lala
  13. Kerang
  14. Ikan cencaru
  15. Ketam
  16. Ikan Selayang
  17. Sotong gred A dan B
Inn shaa allah, ada rezeki, saya masukkan juga gambar2 hasil laut yew..

Disamping hasil2 laut yang segar, jangan lupa... dapatkan ikan air tawar dengan harga berpatutan di Agro Bazaar Kedai Rakyat yang beroperasi dari jam 8.30pg hingga 6.30ptg. Sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut boleh hubungi saya.. Encik Burn di 0199844743 (8.00am -7.00pm).

Selamat malam semua.

Friday, 5 September 2014

Karnival Jom Heboh di Pekan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Alhamdulillah.. selepas maghrib tadi bumi Pekan dilimpahi hujan rahmat dari-Nya. Agak lama jugak hujan tak turun. Weekend ni bandar Pekan confirm busy dengan kehadiran pengunjung sempena program Karnival Jom Heboh. Alhamdulillah, dengan adanya program seperti ni, dapat juga meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kecil yang berpeluang menjual makanan, minuman dan sebagainya untuk santapan pengunjung dan juga dapat menjana ekonomi di daerah Pekan ni.

Program Jom Heboh ni berlangsung di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, dari 6 hingga 7 September 2014 (Sabtu & Ahad).


So, bila da singgah ke Karnival Jom Heboh tu, jangan lupa singgah Agro Bazaar Kedai Rakyat untuk mendapatkan ikan-ikan sungai dengan harga yang berpatutan. Boleh datang teros ke kedai dan juga boleh hubungi Encik Burn di 0199844743. Waktu operasi dari 8.00am - 7.00pm.



Selamat malam semua. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Inn shaa allah.

Monday, 1 September 2014

Tahukah anda???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tengah buat ape tu? Harini saya nak share sket info tentang kelebihan yang ada kat ikan haruan.Mungkin ada yang pernah makan dan tengok ikan ni. Rupa dia seakan-akan ikan ubi dan ikan toman. Harga di #Agrobazaar Kedai Rakyat hanya RM14.00 sekilo. Stok mengikut keadaan semasa. Ikan ini kebiasaannya boleh dijumpai di kawasan paya, tali air sawah dan sungai. Ni saya share gambar nya...


#ikanharuan


Yang seperti kita ketahui, ikan haruan sgt sinonim dalam bidang perubatan di mana ia mampu mempercepatkan proses untuk sembuh kepada pesakit seperti wanita bersalin, kanak2 berkhatan, orang yang menjalani pembedahan, luka2 accident dan sebagainya.  

Adakah teori ini benar2 sahih?

Mengikut artikel yang saya perolehi dari utusan online yang ada menyatakan bahawa daging ikan haruan mengandungi asid Arachidonis yang mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat di samping kaya protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan. 

Ape itu asid Arachidonis?

Asid arachidonik yang terkandung di dalam isi ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan penyakit kulit. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari UPM, isi ikan haruan turut disahkan mengandungi kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit. 

Inn shaa allah. Kita berusaha, kemudian bertawakal kepada-Nya. 

 

Wednesday, 27 August 2014

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Saje nak share malam2 ni.
Seperti yang kita ketahui, ikan patin amat sinonim dengan masak tempoyak. Salah satu menu utama bagi penggemar spesis ikan ini. Masak tempoyak ikan patin adalah satu resepi yang amat mudah untuk disediakan. Bahan2 asas yang diperlukan adalah seperti tempoyak, kunyit hidup, daun kesum, lada kecik/cili api dan ada juga yang masukkan jugak bunga kantan bagi menaikkan lagi bau kuah masak tempoyak ini.. dan paling penting, sudah semestinya kena ada ikan sungai. Ni gambar bahan asas untuk resepi ni (gambar tempoyak akan diupload kemudian).

#Daun kesum, kunyit hidup dan lada kecik.


Selain patin; perak (hitam), buah, mas, lawang muncung dll, ikan-ikan lain yang juga sesuai untuk dimasak kuah tempoyak adalah seperti krai, lampam jawa, baung dan semesti nya lagi sedap jika dapat ikan gerahak dan tapah (favourite anak2 saya) untuk dihidangkan.

Selamat mencuba...
 

Sunday, 24 August 2014

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Illahi, selepas hampir 20 tahun terlibat di dalam bidang penternakan dan penjualan ikan air tawar, dapat jua saya membuka sebuah pusat hub pengumpulan ikan air tawar (Agro Bazaar Kedai Rakyat) yang terletak di laluan utama jalan Pekan - Kuantan. Pusat ini telah beroperasi lebih 5 tahun dan menawarkan pelbagai jenis ikan air tawar dengan harga yang amat berpatutan kepada para pelanggan.

Tujuan sebenar pusat pengumpulan ikan air tawar ini dibuka adalah untuk membantu penduduk Pekan yang kebanyakkannya golongan berpendapatan sederhana agar dapat membeli ikan air tawar dengan harga yang berpatutan.

Berikut adalah antara produk yang di jual di sini :

  1. Patin Hitam/Perak
  2. Patin Buah
  3. Patin Mas
  4. Talapia
  5. Baung (Ternak/Liar)
  6. Keli
  7. Krai/Lampam/Tenggalan/Tamalian/Kelabau/Susur batang
  8. Kaloi
  9. Haruan
  10. Sepat/Puyu
  11. Belida
  12. Siakap Sungai




Harga ikan air tawar dan produk-produk lain yang ditawarkan
Tong fiber-glass menyimpan stok ikan #keli


Ikan #Patin Hitam/Perak turut dijual di sini


#Talapia

#Keli

#Kaloi

#Baung Sangkar
#Belida
Selain itu, di sini turut memasarkan produk seperti
  • Ayam segar
  • Itik
  • Daging (import)
  • Tempoyak
  • Ikan keli salai
  • Daging salai
  • Sayur-sayuran
  • Ikan pekasam
  • Kelapa
  • Gas memasak
  • Barang runcit dan banyak lagi

#Sayur-sayuran segar turut dijual

#Ayam segar

#Itik daging yang siap di proses

#Daging lembu import
#Gas memasak Petronas

#Kelapa muda
#Kelapa
Ikan pekasam juga turut dijual dalam pelbagai variasi dengan harga RM5.00 sebotol

#Ikan Pekasam
#Telor itik

#Pekasam talapia

#Pekasam Patin

#Pekasam anak ikan lampam

#Cili jeruk
#Kopi #CEN-Roma

Bermula Jun 2014, Persatuan Nelayan Kawasan Kuantan juga telah mula memasar dan menjual hasil-hasil laut dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding pasaraya berdekatan.


Persatuan Nelayan Kawasan Kuantan turut memasarkan hasil laut di sini.


Pelbagai jenis hasil laut segar yang dijual di sini