Signage

Signage
Pembekal Ikan Sungai Pahang di Pekan

Monday, 1 September 2014

Tahukah anda???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tengah buat ape tu? Harini saya nak share sket info tentang kelebihan yang ada kat ikan haruan.Mungkin ada yang pernah makan dan tengok ikan ni. Rupa dia seakan-akan ikan ubi dan ikan toman. Harga di #Agrobazaar Kedai Rakyat hanya RM14.00 sekilo. Stok mengikut keadaan semasa. Ikan ini kebiasaannya boleh dijumpai di kawasan paya, tali air sawah dan sungai. Ni saya share gambar nya...


#ikanharuan


Yang seperti kita ketahui, ikan haruan sgt sinonim dalam bidang perubatan di mana ia mampu mempercepatkan proses untuk sembuh kepada pesakit seperti wanita bersalin, kanak2 berkhatan, orang yang menjalani pembedahan, luka2 accident dan sebagainya.  

Adakah teori ini benar2 sahih?

Mengikut artikel yang saya perolehi dari utusan online yang ada menyatakan bahawa daging ikan haruan mengandungi asid Arachidonis yang mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat di samping kaya protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan. 

Ape itu asid Arachidonis?

Asid arachidonik yang terkandung di dalam isi ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan penyakit kulit. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari UPM, isi ikan haruan turut disahkan mengandungi kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit. 

Inn shaa allah. Kita berusaha, kemudian bertawakal kepada-Nya. 

 

No comments:

Post a Comment