Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Bagaimana dengan aktiviti hari ini? Menarik? Sedih? Ditimpa masalah? Bersabarlah... Setiap ujian, dugaan dan cabaran itu mematangkan kita untuk menempuh hari mendatang yang lebih mencabar. Saya mendoakan agar semuanya baik-baik saje.. Inn shaa allah.
Harini just nak share info tentang ikan-ikan laut yang dijual di Agro Bazaar Kedai Rakyat ni. Hasil inisiatif pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, mereka telah membuka satu cawangan bagi memasarkan hasil laut dan menjualnya dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding pasaraya berdekatan di mana ia mampu membantu mereka yang berpendapatan rendah & sederhana membeli hasil2 laut dengan harga berpatutan.
LKIM yang bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan memasarkan ikan2 dan hasil2 laut yang segar di Agro Bazaar Kedai Rakyat yang terletak di Batu 1 Peramu, Pekan. Selain itu, Encik Nizam (pemasar) juga bersedia menerima tempahan untuk kenduri, kedai makan dan sebagainya. Beliau boleh dihubungi di talian 010-7686058.
Selain itu, tawaran hebat harga runtuh turut diadakan pada setiap hari Isnin (Hari Pelanggan) dari waktu 8.30pg - 12.30tghari sahaja. Jangan ketinggalan....
Berikut merupakan senarai hasil-hasil laut yang dipasarkan:
- Pari
- Ikan Merah
- Ikan tenggiri
- Ikan bawal hitam
- Ikan muduk
- Ikan aya/tongkol
- Ikan pelaling
- Ikan Kembong
- Ikan kerisi
- Ikan Selar
- Ikan Selar kuning
- Lala
- Kerang
- Ikan cencaru
- Ketam
- Ikan Selayang
- Sotong gred A dan B
Inn shaa allah, ada rezeki, saya masukkan juga gambar2 hasil laut yew..
Disamping hasil2 laut yang segar, jangan lupa... dapatkan ikan air tawar dengan harga berpatutan di Agro Bazaar Kedai Rakyat yang beroperasi dari jam 8.30pg hingga 6.30ptg. Sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut boleh hubungi saya.. Encik Burn di 0199844743 (8.00am -7.00pm).
Selamat malam semua.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam bos kla jual ikan boleh datang ambik tak
ReplyDelete