Signage

Signage
Pembekal Ikan Sungai Pahang di Pekan

Friday, 5 September 2014

Karnival Jom Heboh di Pekan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Alhamdulillah.. selepas maghrib tadi bumi Pekan dilimpahi hujan rahmat dari-Nya. Agak lama jugak hujan tak turun. Weekend ni bandar Pekan confirm busy dengan kehadiran pengunjung sempena program Karnival Jom Heboh. Alhamdulillah, dengan adanya program seperti ni, dapat juga meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kecil yang berpeluang menjual makanan, minuman dan sebagainya untuk santapan pengunjung dan juga dapat menjana ekonomi di daerah Pekan ni.

Program Jom Heboh ni berlangsung di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, dari 6 hingga 7 September 2014 (Sabtu & Ahad).


So, bila da singgah ke Karnival Jom Heboh tu, jangan lupa singgah Agro Bazaar Kedai Rakyat untuk mendapatkan ikan-ikan sungai dengan harga yang berpatutan. Boleh datang teros ke kedai dan juga boleh hubungi Encik Burn di 0199844743. Waktu operasi dari 8.00am - 7.00pm.



Selamat malam semua. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Inn shaa allah.

No comments:

Post a Comment